Pantasnya waktu berlalu. Sophia kini dah berumur hampir 7 bulan. Sophia dah pandai merangkak. Pada mulanya Sophia sukar untuk merangkak ke hadapan. Asyik termasuk gear reverse sahaja tapi sekarang sudah pandai merangkak ke hadapan. Laju!
Seronok melihat tubuh Sophia yang tembam merangkak ke sana ke mari. Habis satu rumah dia pusing. Apabila letih Sophia akan berehat sambil duduk bersimpuh ala2 manja gitu. Sambil mendengus.. mm..mmm.. mmmm... Gambar ni masa Sophia pergi kenduri di Segamat. Masa tu Sophia baru bangun tido, terkejut dia bila lihat ramai org keliling... Malu!